UGMC komited untuk menyokong pembangunan pelajar di Sabah melalui program pembangunan pelajaran, sebuah inisiatif yang dirangka untuk membantu meningkatkan motivasi, teknik pembelajaran, dan persediaan menghadapi peperiksaan.
Kajian menunjukkan bahawa antara punca utama pencapaian akademik yang rendah ialah kurangnya kepimpinan diri dan kemahiran belajar yang berkesan sejak di bangku sekolah. Ramai pelajar menghabiskan banyak masa mengulang kaji, namun keputusan yang diperoleh masih tidak memuaskan.
Dalam masa yang sama, terdapat pelajar yang mampu mengekalkan prestasi cemerlang walaupun aktif dalam kokurikulum dan kegiatan lain.
Kejayaan ini bukan semata-mata kerana faktor kepintaran atau daya ingatan yang tinggi, tetapi lebih kepada penggunaan strategi belajar sistematik dan berkesan.
Hakikatnya, ramai pelajar belajar tanpa kepimpinan diri yang jelas, hanya mengikut kebiasaan dan rasa sendiri. Akibatnya, masa dan tenaga digunakan tanpa hasil yang optimum.
Oleh itu, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, pelajar perlu memiliki motivasi yang tinggi, disiplin diri serta menguasai kemahiran dan teknik pembelajaran yang berkesan.
Encik Taidin Suhaimin
Pengasas - Perunding & Penceramah Utama
Buku Motivasi, Teknik Belajar & Strategi Cemerlang Menghadapi Peperiksaan oleh Taidin Suhaimin
Objektif utama modul ini adalah membimbing pelajar:
Menetapkan matlamat akademik yang jelas serta strategi mencapainya.
Mengenal pasti potensi diri dan membina jati diri yang kukuh.
Mengamalkan disiplin dan nilai murni serta ketabahan sebagai asas mencapai kejayaan.
Modul ini menekankan pembentukan sikap positif serta keyakinan dan kepimpinan diri sebagai asas kecemerlangan.
Antara topik dalam modul ini alah:
Matlamat Jitu Asas Kejayaan
Kecekalan Asas Kejayaan
Jati Diri Pelajar Cemerlang
Strategi Pelajar Cemerlang
Meningkatkan Motivasi Belajar
Meningkatkan Keyakinan Diri
Meningkatkan Kemahiran Berkomunikasi
Yayasan Bank Rakyat - Program Pembangunan Pelajar 2024 (Memupuk Kepimpinan, Membentuk Jati Diri: Asas Keunggulan Masa Depan Pelajar) - Kota Kinabalu (26 & 27 Februari 2024).
Menerima penghargaan, sebaik selesai menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar UPSR SK Pulau Gaya yang begitu bersemangat!
Objektif utama modul ini adalah membimbing pelajar:
Menerapkan teknik belajar yang berkesan.
Menguasai strategi pengurusan masa yang optimum.
Melakukan latihan praktikal bagi memperkukuh daya ingatan dan kefahaman.
Antara topik dalam modul ini ialah:
Kesilapan-Kesilapan Kerap Ketika Belajar
Amalan Belajar Pelajar Cemerlang
Teknik Membaca Buku Kaedah PQRST
Meningkatkan Kemahiran & Pemahaman Membaca
Meningkatkan Kemahiran Belajar di Kelas
Teknik Asas Membuat Catatan Pelajaran
Teknik Menguasai Subjek yang Anda Lemah
Teknik Meningkatkan Memori
Objektif utama modul ini adalah membimbing pelajar:
Membuat persediaan mental dan fizikal sebelum peperiksaan.
Menguasai teknik menjawab soalan.
Mengawal tekanan peperiksaan agar kekal fokus sepanjang peperiksaan.
Antara topik dalam modul ini ialah:
Kesilapan Kerap Ketika Mengulang Kaji Pelajaran
Teknik Mengulang Kaji Pelajaran
Kesilapan Kerap Ketika Menjawab Soalan Peperiksaan
Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
Tip Persiapan Akhir & Menjawab Soalan Peperiksaan
Latihan dalaman (In-house training) memberi peluang terbaik kepada sekolah, kolej, dan organisasi untuk membangunkan kepimpinan diri serta kemahiran belajar pelajar.
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kami.
Terima kasih.
Highlights of Personal, Interpersonal, and Team Leadership Training Programs conducted by UGMC – Sabah, Malaysia Training Provider – during 2024–2025.
“Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.” — Nelson Mandela