UGMC Leadership and Corporate In-House Training Programs
Kursus Sikap Kerja Positif - a Personal Leadership and Self-Management Training Program
Kursus Sikap Kerja Positif - a Personal Leadership and Self-Management Training Program
Jangka Masa Kursus: 2 Hari
(Updated: August 2026)
Sikap, pemikiran dan amalan kerja pekerja merupakan antara faktor utama yang menentukan keberkesanan, produktiviti dan kejayaan sesebuah organisasi.
Pekerja yang memiliki sikap dan mindset positif, bersikap proaktif, mampu membina hubungan kerja yang baik serta mengamalkan profesionalisme, disiplin dan etika kerja bukan sahaja dapat menyumbang kepada kecemerlangan organisasi, malah turut meningkatkan keberkesanan dan kejayaan diri mereka sendiri. Sebaliknya, sikap negatif, pemikiran yang tidak konstruktif dan amalan kerja yang kurang profesional boleh menjejaskan hubungan, produktiviti, semangat berpasukan dan prestasi organisasi secara keseluruhannya.
Kursus Sikap Kerja Positif ini telah diolah khusus untuk membantu peserta-peserta:
1. Meningkatkan kefahaman tentang konsep sikap kerja positif serta kepentingan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang.
2. Membina paradigma dan mindset positif bagi meningkatkan keberkesanan diri, keyakinan serta pencapaian dalam pekerjaan.
3. Memupuk sikap kerja positif dan proaktif serta keupayaan mengambil inisiatif dalam melaksanakan tugas dan menghadapi cabaran.
4. Meningkatkan kemahiran membina hubungan interpersonal dan mengamalkan komunikasi positif bagi mewujudkan kerjasama yang berkesan.
5. Meningkatkan profesionalisme, disiplin dan etika kerja bagi membentuk amalan kerja yang bertanggungjawab, berintegriti dan berkualiti.
6. Membina budaya kerja kelas pertama melalui penghayatan sikap, nilai dan amalan kerja yang menyumbang kepada prestasi cemerlang.
Modul 1:
PENGENALAN - KONSEP SIKAP KERJA POSITIF
Modul 2:
MEMBINA PARADIGMA & MINDSET POSITIF
Modul 3:
MEMUPUK SIKAP KERJA POSITIF & PROAKTIF
Modul 4:
MEMBINA HUBUNGAN INTERPERSONAL BERKESAN & KOMUNIKASI POSITIF
Modul 5:
MENINGKATKAN PROFESIONALISME, DISIPLIN & ETIKA KERJA
Modul 6:
MEMBINA BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA & PRESTASI CEMERLANG
Kursus Sikap Kerja Positif ini sesuai diikuti oleh semua peringkat kakitangan organisasi, khususnya kakitangan-kakitangan sokongan atau mereka yang ingin meningkatkan lagi tahap motivasi, disiplin diri serta prestasi kerja.
UGMC programs are fully claimable under Malaysia’s HRD Corp scheme. Registered organizations can reclaim training expenses through the levy system.
In-house training provides a great opportunity for members from the same organization to focus on specific workplace issues.
If you have any inquiries or would like to book us for your next training program, please feel free to Contact Us.
Thank you.
Highlights of Personal, Interpersonal, and Team Leadership Training Programs conducted by UGMC - Sabah Training Provider - during 2024–25.
Enhancing Personal Effectiveness & Productivity at the Workplace
Workplace Productivity: Mastering Strategic Time Management for Peak Performance
Building Resilience: Effective Stress Management in the Workplace
Meningkatkan Keberkesanan Diri & Produktiviti di Tempat Kerja
Sikap Kerja Positif
Produktiviti di Tempat Kerja: Menguasai Pengurusan Masa Strategik untuk Prestasi Cemerlang
Menangani Stres, Tekanan Emosi & Kebimbangan (Anxiety) di Tempat Kerja
"Dunia pekerjaan sentiasa berubah. Pekerja yang luar biasa tidak bergantung pada kehebatan semata-mata, tetapi melihat setiap cabaran dan kegagalan sebagai peluang untuk belajar dan meningkatkan potensi diri." – Armadi Ahmad