UGMC Leadership and Corporate In-House Training Programs
Kursus Kemahiran Kepimpinan & Penyeliaan Berkesan - a Team Leadership & Management Development Program
Kursus Kemahiran Kepimpinan & Penyeliaan Berkesan - a Team Leadership & Management Development Program
Jangka Masa Kursus: 2 Hari
(Updated: July 2026)
Tugas menyelia pada hari ini semakin kompleks dan mencabar. Penyelia kini tidak lagi dianggap sekadar sebagai "bos", malah berperanan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab mewujudkan suasana harmoni, saling menghormati, serta membina pasukan yang produktif.
Selain memerlukan kemahiran teknikal, mereka juga perlu mahir dalam aspek pengurusan dan perhubungan manusia. Kekurangan kemahiran dalam aspek tersebut boleh menjejaskan keberkesanan jentera operasi dan produktiviti organisasi secara keseluruhan.
Sehubungan dengan itu, amatlah penting bagi setiap penyelia untuk dilengkapkan dengan kemahiran kepimpinan situasi, komunikasi interpersonal, pendelegasian tugas, penyelesaian masalah secara kreatif, serta pemantapan motivasi pekerja.
Kursus Kemahiran Kepimpinan & Penyeliaan Berkesan ini telah disusun khusus untuk membantu para peserta:
Memahami konsep penyeliaan, proses pengurusan, serta peranan, fungsi, dan tanggungjawab hakiki penyelia dalam organisasi.
Mengaplikasikan Kepimpinan Situasi dengan menguasai pelbagai stail kepimpinan mengikut keperluan pasukan serta menampilkan kualiti cemerlang.
Meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal berkesan bagi membina hubungan kerja yang harmoni dan profesional.
Melaksanakan strategi dan kaedah praktikal mendelegasikan tugas secara sistematik serta berkesan kepada subordinat.
Menguasai strategi dan teknik berkesan untuk menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif di tempat kerja.
Memotivasi pekerja menggunakan pendekatan strategik bagi memacu semangat serta melonjakkan produktiviti pasukan.
Modul 1: KONSEP PENYELIAAN: PERANAN, FUNGSI & TANGGUNGJAWAB SEORANG PENYELIA
Modul 2: KONSEP KEPIMPINAN SITUASI: MENGAPLIKASI STAIL UNTUK MENINGKATKAN KUALITI KEPIMPINAN PENYELIA
Modul 3: MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM PENYELIAAN
Modul 4: STRATEGI & KAEDAH PRAKTIKAL MENDELEGASIKAN TUGAS
Modul 5: STRATEGI & TEKNIK BERKESAN MENYELESAIKAN MASALAH SECARA KREATIF
Modul 6: MEMOTIVASI PEKERJA: MEMACU SEMANGAT & PRODUKTIVITI PASUKAN
Kursus Kemahiran Kepimpinan & Penyeliaan Berkesan ini sesuai untuk penyelia dan bakal penyelia yang ingin meningkatkan pengetahuan serta memantapkan kemahiran dalam bidang kepimpinan, pengurusan, dan penyeliaan.
UGMC programs are fully claimable under Malaysia’s HRD Corp scheme. Registered organizations can reclaim training expenses through the levy system.
In-house training provides a great opportunity for members from the same organization to focus on specific workplace issues.
If you have any inquiries or would like to book us for your next training program, please feel free to Contact Us.
Thank you.
Highlights of Personal, Interpersonal, and Team Leadership Training Programs conducted by UGMC - Sabah Training Provider - during 2024–25.
"Pemimpin yang hebat tidak menetapkan matlamat untuk menjadi pemimpin. Mereka menetapkan matlamat untuk membuat perubahan." – Lisa Haisha