Level Up: Wawasan untuk Kecemerlangan Kepimpinan Peribadi & Pengurusan Kendiri
9 Ciri Pekerja Cemerlang, panduan praktikal dan inspirasi bernilai—dikongsikan untuk memperkasa perjalanan kepimpinan peribadi anda.
9 Ciri Pekerja Cemerlang, panduan praktikal dan inspirasi bernilai—dikongsikan untuk memperkasa perjalanan kepimpinan peribadi anda.
Oleh Taidin Suhaimin
Pekerja yang cemerlang adalah impian setiap majikan. Mereka bukan sahaja mahir dan pakar dalam bidang tugas, malah memiliki akhlak yang mulia serta jati diri yang kukuh.
Artikel 9 Ciri Pekerja Cemerlang ini menghuraikan 9 ciri utama pekerja cemerlang yang dirumuskan melalui akronim A. B. C. D. E. F. G. H. I.:
Pekerja yang cemerlang ialah insan yang boleh dipercayai; jujur dan ikhlas dalam setiap tindakan. Mereka sentiasa bercakap benar, tidak berbohong, tidak menipu, tidak mencuri, dan jauh daripada amalan rasuah. Mereka memahami konsep halal dan haram, serta sedar bahawa setiap perbuatan sentiasa diperhatikan oleh Allah S.W.T.
Pekerja yang cemerlang bijak mengurus masa dan memanfaatkan sumber yang ada di sekelilingnya. Setiap saat masa kerja dan kehidupannya digunakan dengan sebaiknya. Mereka sentiasa berusaha memperbaiki diri dari pelbagai aspek: sikap, pengetahuan, kemahiran, dan prestasi kerja.
Pekerja yang cemerlang bijak menjaga kesihatan fizikal, minda, dan emosi. Mereka mengamalkan pemakanan yang sihat, melakukan senaman secara konsisten, dan memastikan rehat atau tidur yang mencukupi setiap hari.
Kebijaksanaan mengurus diri serta kecenderungan melakukan aktiviti berfaedah ini melahirkan insan yang berdisiplin tinggi, sentiasa sihat, cergas, dan paling penting – produktif.
Pekerja yang cemerlang memiliki semangat juang yang tinggi dan komited terhadap setiap tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap tugasan dilaksanakan dengan sepenuh hati dan usaha terbaik, selaras dengan harapan majikan dan matlamat organisasi. Bagi mereka, bekerja adalah satu ibadat.
Pekerja yang cemerlang elok dari segi penampilan diri, tutur kata, kelakuan, dan tindakan. Mereka memiliki perwatakan yang ceria, yakin, dan mudah didekati. Mereka menjauhi diri daripada perbuatan maksiat kerana sedar bahawa maksiat mengundang jiwa resah dan menghilangkan keberkatan Tuhan.
Keelokan peribadi ini bukan sahaja disanjung oleh majikan dan rakan sekerja, malah turut menjadi contoh kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.
Pekerja yang cemerlang faham akan kepentingan mendengar. Justeru, mereka lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikap ini menjadikan mereka lebih produktif, mudah difahami, dan disenangi ramai. Dengan mendengar, ingatan mereka lebih kuat dan mereka sentiasa fokus dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.
Pekerja yang cemerlang komited terhadap setiap tugas. Mereka bekerja dengan tekun dan gigih. Walau sukar mana pun tugasan yang diberikan, mereka tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan dan menyempurnakan amanah tersebut.
Di dalam hati kecil setiap pekerja cemerlang, tersemat hasrat yang membara untuk menjadi insan yang berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. Hasrat inilah yang menjadi motivasi terkuat, mendorong mereka berusaha bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan – bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk organisasi dan orang di sekeliling.
Pekerja yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah. Mereka berusaha selaras dengan tuntutan agama: melaksanakan yang disuruh dan menjauhi yang dilarang. Dalam masa yang sama, mereka mentaati majikan, mematuhi peraturan organisasi, dan menghormati undang-undang negara. Kekuatan iman menjadi tunjang kepada segala kecemerlangan yang lain.
Kecemerlangan seseorang pekerja bukanlah diukur semata-mata melalui sijil atau kemahiran teknikal yang dimiliki, tetapi lebih kepada gabungan harmonis antara kompetensi dan karakter. Sehebat mana pun bakat seseorang, tanpa amanah ia akan musnah. Sepintar mana pun seseorang, tanpa dedikasi ia akan tersadai.
Sembilan ciri yang digariskan ini – daripada Amanah hingga Iman – adalah elemen-elemen saling lengkap-melengkapi yang membentuk pekerja bukan sekadar cemerlang di mata majikan, tetapi juga mulia di sisi Tuhan dan manusia. Pekerja sebegini bukan sahaja menyumbang kepada kejayaan organisasi, malah membina legasi kebaikan yang kekal lama.
Dalam dunia yang semakin mencabar, organisasi bukan lagi sekadar mencari "tangan" yang boleh bekerja, tetapi "insan" yang memiliki hati, akal, dan jiwa untuk membawa perubahan. Andakah pekerja cemerlang yang dimaksudkan?
MR. TAIDIN SUHAIMIN
Penulis 9 Ciri Pekerja Cemerlang
A Certified & Accredited Malaysian HRDCorp Professional Trainer, Certified Entrepreneurial Mentor, Author, and Motivational Speaker.
He has delivered training and speaking programs on Personal Leadership & Management Skills, Interpersonal Communication Skills, and Team Leadership & Management Skills to employees from more than 250 organizations in Southeast Asia, and the Middle East since 1994.
"Sesungguhnya Allah mencintai seseorang daripada kamu yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan mahir (itqan)." – Hadis Riwayat Al-Baihaqi
"Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya." – Aristotle
English Titles
Bahasa Malaysia Titles
7 Ciri Utama Pemimpin & Usahawan yang Positif, Cemerlang & Berjaya
9 Ciri Pekerja Cemerlang
Explore More Level Up Articles on Personal, Interpersonal & Team Leadership
UGMC provides customized in-house training programs. In-House Training provides a valuable opportunity for members of the same organization to focus on specific workplace issues and goals.
If you have any inquiries or would like to engage us for your upcoming training program, please feel free to Contact Us.
Thank you.
Highlights of Personal, Interpersonal, and Team Leadership Training Programs conducted by UGMC - Sabah Training Provider - during 2024–25.
"Orang yang berintegriti melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa yang memerhati. Mereka mempunyai nilai-nilai yang tidak boleh ditawar." – C.S. Lewis