Level Up: Wawasan untuk Kecemerlangan Kepimpinan Peribadi & Pengurusan Kendiri
Keajaiban Keyakinan Diri, panduan praktikal dan inspirasi bernilai—dikongsikan untuk memperkasa perjalanan kepimpinan peribadi anda.
Keajaiban Keyakinan Diri, panduan praktikal dan inspirasi bernilai—dikongsikan untuk memperkasa perjalanan kepimpinan peribadi anda.
Oleh Taidin Suhaimin
Artikel motivasi Keajaiban Keyakinan Diri ini menjelaskan pengertian keyakinan diri, jenis-jenisnya, punca-punca serta tanda-tanda ketidakyakinan diri, dan keajaiban yang terhasil daripada memilikinya.
Keyakinan bermaksud kepercayaan yang tidak berbelah bahagi. Keyakinan diri pula merujuk kepada kepercayaan seseorang terhadap kemampuannya untuk mengendalikan kehidupan serta menghadapi segala cabaran dengan jayanya.
Keupayaan kita untuk mengatasi setiap halangan dalam kehidupan banyak dipengaruhi oleh tahap keyakinan diri. Semakin yakin kita terhadap keupayaan diri, semakin besar potensi untuk kita berjaya. Ia diungkapkan dengan baik melalui kata-kata motivasi berikut:
"Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah."
"Fikirkan anda boleh atau fikirkan anda tidak boleh, kedua-duanya adalah betul."
"Fikirkan hal-hal yang hebat, dan anda akan menjadi hebat."
"Seseorang itu adalah produk dari pemikirannya. Dia akan menjadi seperti apa yang dia fikirkan."
"Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang."
Terdapat empat jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:
Keyakinan terhadap Tuhan dan keesaan-Nya: Asas kekuatan spiritual yang tidak tergoyah.
Keyakinan terhadap diri sendiri: Kepercayaan pada kemampuan dan potensi diri.
Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain: Kepercayaan yang diberikan kepada orang lain, yang menjadi asas perhubungan sosial.
Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri: Reputasi dan kepercayaan yang diperoleh daripada persekitaran.
Tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas atau hala tuju yang tidak menentu.
Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap.
Kurang pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan persediaan.
Bergaul dengan individu yang berfikiran negatif atau pesimis.
Menghidapi penyakit kronik atau badan yang kerap tidak sihat dan tidak cergas.
Kurang senyum.
Kelihatan risau dan gelisah.
Kelihatan gugup.
Kurang berinteraksi dengan orang lain.
Malas bekerja atau berusaha.
Bersikap sambil lewa (cincai) dan kelihatan selekeh.
Suka meminta-minta.
Mudah putus asa.
Suka bergosip dan mengumpat.
Bersikap defensif dan cepat marah.
Mudah berbohong.
Kisah Joan of Arc merupakan contoh terbaik bagaimana keyakinan diri boleh mengubah sejarah.
Pada usia 17 tahun, Joan of Arc hanyalah seorang penggembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis. Namun, beliau memiliki keyakinan yang amat kuat bahawa dia telah menerima ilham daripada Tuhan untuk mengetuai bala tentera Perancis menentang tentera Inggeris yang sukar dikalahkan.
Ketika itu, tentera Perancis sudah kehabisan idea dan berputus asa untuk menangkis serangan Inggeris. Dalam kekalutan, mereka merayu sesiapa sahaja dari kalangan rakyat untuk tampil ke hadapan memberikan idea. Saat itulah Joan, seorang gadis belia, tampil dengan keyakinan yang membara dan tidak berbelah bahagi, mengisytiharkan bahawa hanya dirinyalah yang terpilih oleh Tuhan untuk memimpin Perancis mencapai kemenangan.
Keyakinan yang luar biasa kentalnya itu berjaya menyuntik harapan dan semangat baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Mereka pun memberi kepercayaan kepada Joan untuk mengepalai tentera yang sedang dalam kebuntuan.
Keyakinan gadis muda ini bagaikan api yang menyemarakkan seluruh jiwa tentera dan rakyat Perancis. Di bawah pimpinan Joan, mereka bangkit dengan semangat juang yang tidak terperi, melancarkan strategi baru yang berbisa dan menggentarkan musuh.
Serangan yang dipimpin oleh Joan begitu mengejutkan tentera Inggeris sehingga mereka hilang arah, kucar-kacir, dan akhirnya bertempiaran lari walaupun jumlah mereka lebih ramai. Perancis meraih kemenangan besar!
Sejarah mencatatkan bahawa Pengepungan Orleans pada tahun 1429 adalah titik tolak kebangkitan Perancis. Tentera Inggeris yang sebelum itu hampir pasti menguasai Perancis, berjaya dipatahkan oleh seorang "gadis kecil" yang luar biasa.
Walaupun Joan of Arc akhirnya ditawan dan dihukum bunuh oleh Inggeris pada tahun 1430, kemenangan yang diraihnya di Orleans tidak dapat dipadamkan. Namanya kekal abadi sebagai wirawati Perancis, dan kisahnya menjadi bukti paling nyata akan KEAJAIBAN KEYAKINAN DIRI.
Keyakinan diri bukanlah sifat yang hanya dimiliki oleh segelintir manusia istimewa, sebaliknya ia adalah benih yang terpendam dalam diri setiap individu, menanti untuk disiram dan dipupuk. Ia adalah pembeza antara mereka yang hanya bermimpi dengan mereka yang berani merealisasikan impian.
Kisah Joan of Arc membuktikan bahawa keyakinan diri yang lahir daripada kepercayaan teguh mampu menggerakkan kekuatan luar biasa, menyatukan massa, dan mengubah arus sejarah sekalipun.
Tanpa keyakinan, ilmu dan kemahiran yang kita miliki bagaikan pedang yang tidak pernah dihunus – tersimpan rapi tetapi tidak pernah memenangi sebarang peperangan.
Nota: Artikel ini diolah daripada pelbagai sumber sejarah berkaitan Joan of Arc
MR. TAIDIN SUHAIMIN
Penulis Keajaiban Keyakinan Diri
A Certified & Accredited Malaysian HRDCorp Professional Trainer, Certified Entrepreneurial Mentor, Author, and Motivational Speaker.
He has delivered training and speaking programs on Personal Leadership & Management Skills, Interpersonal Communication Skills, and Team Leadership & Management Skills to employees from more than 250 organizations in Southeast Asia, and the Middle East since 1994.
"I am in the art of creating myself. How about you? Do not just find yourself, create yourself for success." – Janiece Rendon, Transition Strategist
English Titles
Bahasa Malaysia Titles
Explore More Level Up Articles on Personal, Interpersonal & Team Leadership
UGMC provides customized in-house training programs. In-House Training provides a valuable opportunity for members of the same organization to focus on specific workplace issues and goals.
If you have any inquiries or would like to engage us for your upcoming training program, please feel free to Contact Us.
Thank you.
Highlights of Personal, Interpersonal, and Team Leadership Training Programs conducted by UGMC - Sabah Training Provider - during 2024–25.
"Sesungguhnya, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah sikap dan keyakinan yang ada pada diri mereka sendiri."
(Surah Ar-Ra'd, Ayat 11 - diolah maksudnya)